HOME  
 
   
 
 

Hasil dapatan Makmal Generasi Muda Pemuda BN yang telah dianjurkan pada tahun 2010 menunjukkan bahawa aspek penting di dalam mobilisasi sosial seperti pendidikan tinggi, pembiayaan serta pembinaan kemahiran amat dititikberatkan oleh orang-orang muda, terutama bagi mereka yang berada di takuk umur penuntut. Sehubungan dengan itu, sebagai sebuah entiti yang menjadi nadi  dan wadah bagi pembelaan dan penyelesaian isu anak-anak muda Malaysia,  Pemuda BN telah melancarkan suatu inisiatif pembiayaan pendidikan melalui usaha sama strategik dan bistari bersama beberapa institusi-institusi pengajian tinggi swasta. Program yang diberi nama BN Youth Education Scholarship (BNYES) atau Biasiswa Pendidikan Pemuda BN ini bakal menawarkan pembiayaan yuran pengajian kepada mereka yang layak iaitu pelajar-pelajar cemerlang yang menghadapi kekangan kewangan, tanpa mengira agama, bangsa atau fahaman peribadi untuk melanjutkan pelajaran di peringkat sijil, diploma, ijazah pertama mahupun pasca siswazah, berdasarkan kepada proses pemilihan, jumlah tempat dan peruntukan yang disumbangkan oleh institusi-institusi terbabit.

Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

Get Adobe Flash player

 
 
Online users :

 

 
Copyright © 2011 BNYES